Friday, September 03, 2010  6:20:23 AM

 
 
 
 


:: LATAR BELAKANG ::

Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat sebagaimana yang diumumkan nama barunya oleh Ketua Menteri Sabah pada 20 Mac 1999, merupakan Kementerian yang sebelum ini dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Sumber dan Perusahaan. Kementerian ini diwujudkan pada 17 November 1995 susulan kepada pengembangan keanggotaan Kabinet Negeri Tahun 1995. Pengujudan Kementerian ini termaktub dalam Warta Kerajaan Negeri Sabah Bil. 84 di bawah rujukan CMD.C.510/11/2 Pt.11 (105) bertarikh 25 Januari 1995. Jabatan dan agensi yang diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian adalah:-


i.   Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM);
ii.  Unit Kemajuan IT Negeri;
iii. Sabah Energy Corporation;
iv. SSTC (Sabah Skills & Technology Centre);

Tumpuan aktiviti-aktiviti Kementerian, Jabatan dan Agensi di bawahnya pada ketika ini adalah: -

A.    Pembangunan Sumber Manusia 

  • Menyediakan sumber manusia yang mahir dan separuh mahir untuk memenuhi keperluan pembangunan ekonomi 
    Negeri Sabah selaras dengan Wawasan 2020, Rangka Rancangan Panjang Sabah (OPPS) dan Halatuju Pembangunan Negeri Sabah. 

  • Membantu dalam usaha mengurangkan kadar kemiskinan di Negeri Sabah atas pekerja asing dengan mengoptimumkan pengambilan pekerja tempatan. 

  • Membantu dalam usaha mengurangkan kadar kemiskinan di Negeri Sabah dengan memudahkan belia dan beliawanis mendapatkan pekerjaan yang produktif. 

  • Membantu dan memudahkan penubuhan institusi-institusi kemahiran tempatan dan juga latihan industri bagi meningkatkan produktiviti, keterampilan dan kemahiran tenaga pekerja terutama sekali dalam bidang sains dan teknoologi. 

  • Membantu memperbanyakkan penyertaan Bumiputera di bidang keusahawanan dengan meningkatkan pengetahuan Bumiputera dalam teknik-teknik pengurusan syarikat, di samping mendaftar dan memberikan pengiktirafan Status Bumiputera kepada syarikat-syarikat, pembekal-pembekal, kontraktor-kontraktor dan firma-firma yang berkelayakan.

B.    Pembangunan IT 

  • Mengurangkan jurang digital (digital divide) di antara penduduk bandar dan luar bandar melalui program kesedaran IT.

  • Membantu dalam usaha menyediakan infrastruktur IT di seluruh Sabah agar semua lapisan masyarakat di Negeri ini dapat memperolehi kemudahan IT.

C.   Pembangunan Sumber Semula Jadi 

  • Menggalakan dan memudahkan penggunaan sumber gas asli, iaitu sumber tenaga yang "environmentally friendly", sebagai sumber tenaga utama untuk meningkatkan lagi pembangunan ekonomi Negeri Sabah. 

  • Meningkatkan kadar faedah kepada Negeri Sabah hasil daripada sumber minyak dan gas di Negeri ini melalui penyertaan dalam perniagaan yang ada kaitan dengan sumber tersebut.  

 
 
 
 
 
 

PENAFIAN
KPSKTM adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana
maklumat yang diperolehi dari laman web ini.
Hakcipta © 2007, Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri Sabah

Sebarang pertanyaan sila hubungi : Webmaster

 
Laman Web ini telah dikemaskini pada : 11/10/2008 10:33:51 AM