Technorama iT

PENGENALAN

Technorama iT adalah salah satu aktiviti dalam program Virtual School Club yang diinspirasi pada tahun 2002 yang mana sasaran program ini merupakan para pelajar sekolah menengah dan rendah di Seluruh Negeri Sabah.  Bagi melaksanakan program ini dengan jayanya, Bahagian Kemajuan IT, Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat telah bekerjasama dengan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah.

Program ini adalah bertujuan untuk mencungkil  bakat pelajar dalam bidang ICT dan juga membantu mencetuskan idea kreatif  guru-guru dengan mempelbagaikan bahan bantu mengajar dalam  pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknologi ICT seperti Digital StoryTelling dan Technobition.

Dengan sokongan dan sambutan yang menggalakkan dari pihak sekolah di seluruh Negeri Sabah, Technorama-iT telah dikembangkan menjadi satu program yang lebih kreatif dan inovatif dengan menggabungkan beberapa aktiviti lain barkaitan ICT bermula tahun 2009 hingga kini. Aktiviti tersebut ialah Digital StoryTelling, Technobition dan Technorama-iT itu sendiri.

Program Technorama-iT Fiesta ini diharapkan dapat menambah ilmu pengetahuan serta pendedahan awal khususnya dalam bidang ICT kepada semua pelajar mahupun guru sekolah terlibat dan secara tidak langsung dapat melahirkan modal insan yang celik dalam ICT.

OBJEKTIF

Objektif  program Technorama-iT Fiesta ini secara umumya ialah  untuk:

  1. Memperkenalkan teknologi ICT terkini kepada pelajar sekolah;
  2. Melahirkan pelajar celik ICT;
  3. Melatih dan meningkatkan kemahiran pelajar dalam mengembang bakat dalam bidang ICT khususnya melalui program Digital StoryTelling;
  4. Memupuk kerjasama antara satu sama lain dan merapatkan silaturahim antara pelajar dan sekolah-sekolah melalui IT;
  5. Meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis, inovatif dan kreatif pelajar; dan
  6. Menggalakkan semangat belajar dan bekerja secara berkumpulan

Objektif aktiviti Digital StoryTelling (DST)  secara khususnya ialah untuk:

  1. mendedahkan pelajar kepada teknik dalam menghasilkan skrip DST;
  2. Melahirkan pelajar berbakat dalam bidang seni lakonan melalui ICT;
  3. Memahami dan mengetahui cara membuat suntingan video;
  4. Menghasilkan cerita dalam bentuk digital yang boleh menyampaikan satu mesej sama ada yang berkaitan langsung dengan pendidikan di sekolah mahupun kemasyarakatan.

Objektif aktiviti Technobition secara khususnya ialah untuk :

  1. menguji minda dan kreativiti pelajar melalui penggunaan teknologi ICT yang terkini;
  2. Memperkenalkan teknologi baru dalam dunia ICT sebagai alat bantu dalam pembangunan sumber pengetahuan; dan
  3. Memberi pendedahan seterusnya mencetuskan idea inovasi pelajar melalui penggunaan peralatan teknologi terkini

LOKASI TAHUN 2012

Program ini akan dilaksanakan di ENAM (6) daerah yang telah dikenalpasti seperti berikut:

  • Kinabatangan
  • Kunak
  • Beluran
  • Kuala Penyu
  • Sipitang
  • Tuaran

technorama iT Fiesta 2012 Peringkat Daerah Kunak

Tarikh: 16-19 April 2012

Tempat: SMK Madai Kunak

5 sekolah terlibat :

  • SMK Madai Kunak
  • SMK Kunak Jaya I
  • SK Kunak
  • SRJK(C) Pai Sheng

Majlis Penutupan technorama-iT disempurnakan oleh

En. Dr. Haji  Mohd Kassim bin Haji Mohd Ibrahim, Ketua Sektor Pengurusan Akademik (SPA), Jabatan Pelajaran Negeri

technorama iT Fiesta 2012 Peringkat Daerah Beluran

Tarikh: 24-27 April 2012

Tempat: SMK Beluran, Beluran

5 sekolah terlibat :

  • SMK Beluran
  • SMK Beluran II
  • SMK Pamol
  • SMK Balaban Jaya
  • SK Pekan Beluran

 

You are visitor no. :
 
Ministry of Resource Development and Information Technology
Ground Floor, 6, 8 – 11 dan 13, Wisma Bandaraya, Jalan Masjid Lama, 88000 Kota Kinabalu.
Phone : 088-288325/288326/288327 | Fax : 088-269071 | Email: webmaster [dot] kpsktm [at] sabah [dot] gov [dot] my