Surat Pelawaan Sebutharga Untuk Projek Usahawan Pembangun Aplikasi Mobil

1. Sebutharga  ini  adalah  dipelawa  daripada  syarikat-syarikat  yang  berdaftar  dengan  Pusat Pendaftaran  Kontraktor  Kerja,  Bekalan  dan  Perkhidmatan  Kerajaan  Negeri  Sabah (PUKONSA) untuk melaksanakan kerja-kerja seperti dalam jadual berikut : 
 
BIL
NOMBOR
SEBUTHARGA
TAJUK
KOD BEKALAN  DAN
TAJUK
1
KPSKTM/SHTBP 
: 2017/13
UNTUK MELAKSANAKAN PROJEK USAHAWAN PEMBANGUN APLIKASI MOBIL 
220204 Pengurusan Pameran/Pentas
Atau
210105 Other Computer Related Services

2. Kontraktor  adalah  diwajibkan  untuk menghadiri  sesi  Taklimat  Pelaksanaan Kerja pada 25 Ogos 2017 (Jumaat), tepat jam 2.30 petang  bertempat KPSKTM Bilik Monitor, Aras 6, Wisma Bandaraya,  Kota  Kinabalu sebelum membeli   dokumen Sebutharga. Kontraktor yang tidak menghadiri taklimat atau hadir selepas masa pendaftaran adalah tidak layak untuk mengambil bahagian dalam Sebutharga ini.

3. Dokumen Sebutharga  ini  boleh didapati  sebaik-baik sahaja  sesi  taklimat  selesai  diadakan dengan harga RM20.00 (Tidak dikembalikan). Untuk maksud ini :
3.1. resit pembayaran hendaklah dikepilkan bersama-sama dengan dokumen Sebutharga yang telah lengkap diisi; dan
3.2. kontraktor hendaklah membawa SIJIL PENDAFTARAN ASAL yang dikeluarkan oleh PUKONSA dan membekalkan satu salinan sijil untuk tujuan simpanan KPSKTM.
 
4. Semua dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan bersama salinan pendaftaran PUKONSA dan dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang ditanda Nombor dan Tajuk Sebutharga di sudut kiri sampul tersebut dan di alamatkan kepada :
 
Pengerusi
Jawatankuasa Pembuka Sebutharga
Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat
Aras 8, Wisma Bandaraya
Jalan Masjid Lama
88000 KOTA KINABALU
 
5. Dokumen  Sebutharga  mestilah  dikembalikan  tidak  lewat  daripada  jam  10:00  pagi pada 08 September 2017 dan dimasukkan  ke  dalam peti  sebutharga  yang telah disediakan di KPSKTM, Aras 8, Wisma Bandaraya
 
6. Untuk  sebarang  maklumat  lanjut  mengenai  Pelaksanaan  Sebutharga,  kontraktor  adalah dijemput untuk menghubungi Urus Setia Projek di :
 
Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat
Bahagian Kemajuan IT (KIT)
Aras 6 Wisma Bandaraya, Jalan Masjid Lama
88000 Kota Kinabalu
Telefon :  088-288333/288334/288335
Faks :  088-269071
 
Date of publish: 24/08/2017
You are visitor no. :
 
Ministry of Resource Development and Information Technology
Ground Floor, 6, 8 – 11 dan 13, Wisma Bandaraya, Jalan Masjid Lama, 88000 Kota Kinabalu.
Phone : 088-288325/288326/288327 | Fax : 088-269071 | Email: webmaster [dot] kpsktm [at] sabah [dot] gov [dot] my