Sebutharga KPSKTM/BPK: 2017/01 (Penyewaan Mesin Penyalin)

Sebutharga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA dalam bidang Bekalan/Perkhidmatan yang dinyatakan dalam sebutharga, mempunyai Lesen Perniagaan yang sah untuk menyertai sebutharga seperti berikut: 

Bil Tajuk Sebutharga No. Sebutharga Bidang Pendaftaran & Perkhidmatan Syarikat
1 Perkhidmatan Penyewaan Mesin Penyalin Berkuasa Tinggi Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sebutharga No. KPSKTM/BPK: 2017/01 1. Sijil Pengiktirafan Bumiputera (sekiranya ada) 
2. PUKONSA Kod 220209
(Mesin-mesin Pejabat)

2. Dokumen Sebutharga boleh didapati di Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Tingkat 8, Wisma Bandaraya, Jalan Masjid Lama, 88000 Kota Kinabalu semasa waktu pejabat bermula 14 November 2017. Harga Senaskah Dokumen Sebutharga : RM20.00

3. Syarikat / Kontraktor mestilah membawa bersama  salinan ASAL Lesen Berniaga yang sah, Lesen PUKONSA dan Sijil Pusat Bertauliah / Lesen yang berkaitan seperti yang dinyatakan di ruang Bidang Pendaftaran & Perkhidmatan Syarikat / Kontraktor dan satu (1) salinan bagi sijil-sijil tersebut yang telah disahkan benar semasa membeli dokumen sebutharga. Sekiranya Syarikat / Kontraktor mewakili orang lain untuk membeli dokumen tersebut, maka surat kuasa hendaklah diberikan kepada mereka untuk ditunjukkan semasa pembelian.

4. Dokumen sebutharga yang telah dilengkapi dengan menyertakan salinan Lesen Perniagaan, Lesen PUKONSA dan Sijil / lesen yang berkaitan serta profil syarikat hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berlakri serta bertanda nombor sebutharga yang berkaitan di ruang atas sampul surat. 

5. Dokumen sebutharga hendaklah disampaikan dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Tingkat 8, Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu sebelum atau pada tarikh tutup iaitu 24 November 2017, pukul 10:00 pagi dan hendaklah dialamatkan kepada: -

Pengerusi
Jawatankuasa Sebutharga
Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat
Aras Bawah, 6, 8 -11 & 13, Wisma Bandaraya
Jalan Masjid Lama, 88000 KOTA KINABALU

6. Jawatankuasa Sebutharga tidak terikat menerima sebutharga yang terendah atau sebarang sebutharga. Semua borang Sebutharga serta dokumen sokongannya tidak akan dikembalikan.

Setiausaha Tetap
Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat
Aras Bawah, 6, 8 -11 & 13, Wisma Bandaraya
Jalan Masjid Lama, 88000 KOTA KINABALU
Tel: 088 288 325 / 326 ; Fax: 088 269 071
 

Date of publish: 14/11/2017
You are visitor no. :
 
Ministry of Resource Development and Information Technology
Ground Floor, 6, 8 – 11 dan 13, Wisma Bandaraya, Jalan Masjid Lama, 88000 Kota Kinabalu.
Phone : 088-288325/288326/288327 | Fax : 088-269071 | Email: webmaster [dot] kpsktm [at] sabah [dot] gov [dot] my