Pelan Integriti KPSKTM 2015 - 2017

Komitment Terhadap Integriti
Nilai –  Bertindak mengikut pemilihan berasaskan nilai masyarakat
Etika –  Himpunan nilai dan moral yang menjadi piawaian tingkahlaku individu,  organisasi dan profesion
Etika Individu – Nilai diri individu
Etika Organisasi – Garis panduan yang memandu perlakuan dan tindakan anggota organisasi
Integriti – Berlandaskan etika dalam tindakan sehari-hari
Integriti Individu– Keselarasan apa yang dikatakan individu dengan apa yang  diamalkan
Integriti Organisasi –Dapat dilihat dalam pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan  atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik

Nilai Teras Dalam Perkhidmatan Awam
Amanah
Benar
Bijaksana
Telus
Adil

Agenda Integriti KPSKTM
Sahsiah –  bekerja dengan bersih, cekap dan amanah
Profesionalisme –  pelaksanaan tugas berasaskan ilmu dan kepintaran serta etika kerja
Kepimpinan –  peranan pemimpin menyediakan dasar, prosedur dan peraturan yang jelas dan telus untuk menutup ruang penyelewengan dan salah laku

Peranan Warga KPSKTM
Memahami dan menghayati visi, misi dan nilai bersama KPSKTM
Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni
Mematuhi undang-undang
Menepati janji
Melayan orang sepertimana diri sendiri ingin dilayani
Bercakap benar
Mendapatkan nasihat pegawai atasan
Saling membantu dalam tugas
Berani mempersoalkan / melaporkan perkara yang menyalahi undang-undang
Berusaha mencegah dan mengelak penyelewengan

Pendekatan Integriti KPSKTM
Penghayatan –  memberi kesedaran dan penghayatan tentang nilai, etika dan integriti
Pengukuhan –  memperluaskan penghayatan dan pengamalan integriti / mewujudkan penandaras atau KPI
Pencegahan –  mengenalpasti dan memperbaiki kelemahan sistem dan prosedur kerja / memperkasa tadbir urus / memperkemas sistem maklum balas
Komunikasi –  menggunakan pelbagai saluran komunikasi untuk mempromosi pembudayaan nilai-nilai murni
Pengiktirafan –  mewujudkan sistem penilaian yang memberikan penghargaan atau anugerah kepada warga / mengadakan Hari Inovasi dan Integriti KPSKTM
Punitif –  tindakan penguatkuasaan ke atas pelanggaran peraturan atau undang-undang
Pemulihan –  melaksanakan program, pemulihan berkesan / memberi ruang penambahbaikan

Nilai Bersama KPSKTM
Strategik –  mengesan, menggubal, memperaku dan melaksanakan cadangan penambahbaikan bagi mencapai outcome yang optimum
Profesional –  bertindak dengan penuh komitmen / mencadangkan penyelesaian dan penambahbaikan setiap masalah
Responsif –  peka dan prihatin terhadap kehendak stakeholder / memahami isu-isu semasa
Kerja Berpasukan –  menggembleng tenaga, pengetahuan dan pengalaman, melalui semangat kerja
Berintegriti –  berkhidmat dengan penuh komitmen dan tanggungjawab

Objektif Strategik
Objektif Strategik 1 : Membangunkan Modal Insan Berintegriti
Memperkasakan pembangunan sumber manusia
Pembangunan Kerjaya
Pembangunan kepimpinan
Pengiktirafan
Meningkatkan kreativiti
Hubungan warga dengan pengurusan
Gaya hidup sihat

Objektif Strategik 2 : Memantapkan Budaya Integriti
Meningkatkan kesedaran nilai-nilai murni
Meningkatkan pengamalan nilai-nilai murni
Membentuk dan membangun integriti individu
Meningkatkan pemantauan dan penilaian
Meningkatkan kesedaran tanggungjawab sosial

Objektif Strategik 3 : Meningkatkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan
Memperluaskan penggunaan ICT dalam pelaksanaan tugas
Memantapkan pengurusan pejabat
Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif

Objektif Strategik 4 : Memperkasa Tadbir Urus dan Pengurusan Tatatertib
Memperkasa sistem kawalan dalaman
Memantapkan mekanisme tadbir urus
Meningkatkan tahap disiplin
Meningkatkan prestasi pegawai berprestasi rendah

 

 

You are visitor no. :
 
Ministry of Resource Development and Information Technology
Ground Floor, 6, 8 – 11 dan 13, Wisma Bandaraya, Jalan Masjid Lama, 88000 Kota Kinabalu.
Phone : 088-288325/288326/288327 | Fax : 088-269071 | Email: webmaster [dot] kpsktm [at] sabah [dot] gov [dot] my