Notis Sebutharga Bagi Projek Perbekalan Bahagian KIT

1. Sebutharga  ini  adalah  dipelawa  daripada  syarikat-syarikat  yang  berdaftar  dengan  Pusat Pendaftaran  Kontraktor  Kerja, Bekalan  dan  Perkhidmatan  Kerajaan  Negeri  Sabah (PUKONSA) untuk melaksanakan kerja-kerja seperti dalam jadual berikut :
 
KOD BEKALAN DAN TAJUK: 220204 (Penyewaan dan Pengurusan Pameran/Pentas)
BIL NOMBOR SEBUTHARGA  TAJUK
1
KPSKTM/SHTBP : 2017/11
UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM PEMBANGUNAN TEKNOPRENEUR DAN INOVASI: PITCHBORNEO 2017
2
KPSKTM/SHTBP : 2017/12
UNTUK MELAKSANAKAN PROGRAM GREEN IT: KEMPEN KITAR SEMULA SISA BUANGAN ELEKTRONIK (EWASTE)
2. Kontraktor adalah diwajibkan untuk menghadiri sesi Taklimat Pelaksanaan Kerja sebelum membeli dokumen Sebutharga. Kontraktor yang tidak menghadiri taklimat atau hadir selepas masa pendaftaran adalah tidak layak untuk mengambil bahagian dalam Sebutharga ini.
 
3. Taklimat akan dilaksanakan pada 5 Julai 2017 (Rabu), tepat jam 10.00 pagi  bertempat di :
 
Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat
Bilik Mesyuarat Monitor
Aras 6, Wisma Bandaraya
Jalan Masjid Lama
88000 KOTA KINABALU

 

4. Dokumen Sebutharga  ini  boleh didapati  sebaik-baik sahaja  sesi  taklimat  selesai  diadakan dengan harga RM20.00 (tidak dikembalikan). Untuk maksud ini :
4.1. resit pembayaran hendaklah dikepilkan bersama-sama dengan dokumen Sebutharga yang telah lengkap diisi. 
4.2. kontraktor hendaklah membawa SIJIL PENDAFTARAN ASAL yang dikeluarkan oleh PUKONSA dan membekalkan satu salinan sijil untuk tujuan simpanan KPSKTM.
 
5. Semua dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan bersama salinan pendaftaran PUKONSA dan dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang ditanda Nombor dan Tajuk Sebutharga di sudut kiri sampul tersebut dan di alamatkan kepada :
 
Pengerusi
Jawatankuasa Pembuka Sebutharga
Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat
Aras 8, Wisma Bandaraya
Jalan Masjid Lama
88000 KOTA KINABALU
 
6. Dokumen  Sebutharga  mestilah  dikembalikan  tidak  lewat  daripada  jam 10:00 pagi pada 13 Julai 2017 (Khamis) dan dimasukkan ke dalam peti Sebutharga yang telah disediakan di KPSKTM, Aras 8, Wisma Bandaraya

 

7. Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Pelaksanaan Sebutharga, kontraktor adalah dijemput untuk menghubungi Urus Setia Projek di :

Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat
Bahagian Kemajuan IT (KIT)
Aras 6 Wisma Bandaraya, Jalan Masjid Lama
88000 Kota Kinabalu
Telefon :  088-288333 / 288334 / 288335
Faks :  088-269071

 

Date of publish: 28/06/2017
You are visitor no. :
 
Ministry of Resource Development and Information Technology
Ground Floor, 6, 8 – 11 dan 13, Wisma Bandaraya, Jalan Masjid Lama, 88000 Kota Kinabalu.
Phone : 088-288325/288326/288327 | Fax : 088-269071 | Email: webmaster [dot] kpsktm [at] sabah [dot] gov [dot] my