Badan Amal Kebajikan Islam (BALKIS)

Terms of Reference
(TERMA RUJUKAN)

Badan Amal Kebajikan Islam (BALKIS)
Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah

  1. LATAR BELAKANG

    1. Pengenalan
      Memulakan penambahbaikan dari suatu usaha yang kecil merupakan pepatah bijak yang dapat mengubah dunia ini menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Manusia sebagai makhluk individu dan sosial harus memiliki rasa tanggungjawab dan rasa empati yang tinggi terhadap individu lain dalam kapasiti masyarakat sekeliling demi perubahan yang lebih baik. Mengubah keadaan dari tiada menjadi ada, dari kecil menjadi besar, dari kurang menjadi cukup dan dari kering menjadi subur. Saling berbagi dan saling mengasihi itulah contoh ikutan daripada tauladan teragung, Nabi Muhammad SAW dan itulah yang cuba dilakukan, bergerak untuk perubahan yang lebih baik melalui penubuhan Badan Kebajikan Islam (BALKIS) untuk kakitangan beragama Islam di Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat (KPSKTM) Sabah agar dapat bergerak dalam suatu kumpulan yang teratur dan bersatu. Sebagaimana Firman-Nya :

      “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh. “ (As-Saff ; 4)

      Kebajikan menjadi fokus utama dalam pelaksanaan kegiatan BALKIS demi kemaslahatan kakitangan beragama Islam disamping memberi qudwah hasanah kepada warga KPSKTM yang berbilang kaum untuk bersama-sama berganding bahu menyertai kerja-kerja kebajikan yang akan dijalankan kelak. Selain itu, BALKIS ditubuhkan agar dapat memainkan peranan untuk menyampaikan mesej dakwah kepada seluruh warga KPSKTM dan masyarakat umum amnya.

    2. Objektif
      Penubuhan BALKIS adalah bagi mencapai objektif berikut:
      1. Menjadi platform untuk menjaga kebajikan kakitangan beragama Islam KPSKTM;
      2. Berupaya menjadi pertubuhan yang menyampaikan mesej dakwah kepada seluruh ahlinya serta masyarakat umum yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung;
      3. Menganjurkan aktivi-aktiviti keagamaan bagi mengeratkan silaturrahim antara kakitangan beragama Islam KPSKTM;
      4. Melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan sebagai platform penyatuan dan memupuk persefahaman antara semua warga KPSKTM tanpa mengira agama;
      5. Mempertingkatkan kefahaman mengenai Islam melalui penganjuran aktiviti-aktiviti kerohanian;
      6. Menyemai nilai-nilai Islam yang murni dalam masyarakat berbilang kaum dikalangan berikut:
        1. Kakitangan KPSKTM yang beragama Islam;
        2. Semua warga KPSKTM yang berbilang kaum; serta
        3. Masyarakat tempatan
    3. Misi
      Menjadi sebuah pertubuhan Islam yang menjaga kebajikan ahlinya serta menganjurkan kegiatan untuk manfaat bersama berlandaskan kepada ‘maqasid syariah’ untuk kemaslahatan ummah.
    4. Visi
      Berupaya menjadi sebuah pertubuhan Islam yang menjadi rujukan institusi lain dalam melaksanakan kegiatan kerohanian dan kebajikan dengan menjadikan Islam sebagai tunjang dan matlamat utama pertubuhan.
  2. KEGIATAN YANG DILAKSANAKAN

    1. Aktiviti kebajikan yang meliputi sumbangan derma berbentuk material atau  kewangan untuk khairat kematian, penganjuran majlis-majlis keagamaan  dan sebagainya sesuai dengan fungsi BALKIS;
    2. Aktiviti kerohanian untuk meningkatkan kefahaman Islam melalui  penganjuran program-program fardhu ain dan fardhu kifayah berbentuk  tazkirah, ceramah, majlis bacaan Yaasin, Solat Terawih, Kursus  Pemantapan Solat, Bengkel Zakat dan sebagainya;
    3. Aktiviti kemasyarakatan untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam  kalangan ahli melalui kerja khidmat masyarakat seperti lawatan ke rumah  anak yatim dan orang-orang tua, Majlis berbuka puasa/ Aidilfitri bersama  fakir serta anak yatim serta sebagainya;
    4. Aktiviti keraian bagi menyambut hari kebesaran Islam seperti sambutan  Hari Raya Aidil Fitri, Hari Raya Korban serta sebagainya;
    5. BALKIS juga akan menjalankan perniagaan seperti menyediakan  perkhidmatan katering, percetakan  dan bekalan am yang bersesuaian;
    6. Sebarang kegiatan lain yang dirasakan perlu dari semasa ke semasa  sesuai dengan fungsi BALKIS dan syariat Islam sebagai rujukan utama.
  3. AHLI JAWATANKUASA BALKIS

    1. JAWATANKUASA INDUK:

      PENAUNG :
      YB Datuk Hajjah Hamisa Samat
      Pembantu Menteri KPSKTM

      PENASIHAT :
      Encik Maryo Haji Ngasio
      Timbalan Setiausaha Tetap, KPSKTM

      PENGERUSI :
      Encik Awang Bakar bin Awang Hussin

      TIMBALAN PENGERUSI :
      Puan Dg. Mariah Binti Pg. Hj. Abd. Razak

      SETIAUSAHA :
      Puan Ponisah Mohamad

      PENOLONG SETIAUSAHA :
      Puan Sabariah Ag. Hashim

      BENDAHARI :
      Puan Salina Haji Muhamad Noor

      PENOLONG BENDAHARI :
      Puan Santi Mustari

      AHLI JAWATANKUASA :

      1. Puan Cleopatra Asing
      2. Puan Zarina Binti Mustafa
      3. Encik Sahar Unggat
      4. Encik Rhymie Abd. Rahman
      5. Puan Noorhanah Surip @ S.W Ibrahim
      6. Puan Norah Yusof
      7. Encik Umar Pandih Terkah
      8. Puan Rosnah Jamal

    2. KETUA-KETUA BIRO:
      1. Belum di isi   - Pengerusi Biro Agama
      2. Encik Sahar Unggat - Pengerusi Biro Kebajikan
      3. Puan Noorhanah Surip - Pengerusi Biro Ekonomi
      4. Puan Zarina Mustafa - Pengerusi Biro Publisiti
  4. KEWANGAN BALKIS

    BALKIS akan membuka akaun di Bank Islam untuk mengurus semua transaksi yang berhubung kait dengan badan ini. Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari akaun badan ini hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi dan Bendahari atau Setiausaha.

  5. PERUNTUKAN

    Kegiatan yang dianjurkan BALKIS akan dibiayai melalui sumbangan derma ahli  serta sebarang sumbangan lain daripada penajaan, peruntukan khas atau  sebagainya dalam lingkungan batas syariat.

  6. PINDAAN

    Sebarang pindaan syarat atau aktiviti BALKIS boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja sekiranya perlu dan akan dibincangkan didalam mesyuarat Induk.

  7. PENUTUP

    BALKIS diharapkan dapat menjalankan fungsinya dengan baik untuk menjaga  kebajikan ahlinya berlandaskan ‘maqasid syariah’ serta menyampaikan mesej  dakwah kepada seluruh ummat dalam usaha menjadikan Islam rahmatan lil  ala’min disamping menjadi platform terbaik dalam mengukuhkan ikatan  persaudaraan dalam kalangan warga KPSKTM serta masyarakat tempatan.

***** Maqasid Syariah secara ringkasnya bermaksud tujuan, natijah, atau maksud yang  dikehendaki oleh  syarak melalui sumber dalil Al-Quran dan As-Sunnah.

/sah@kpsktm
060614

You are visitor no. :
 
Ministry of Resource Development and Information Technology
Ground Floor, 6, 8 – 11 dan 13, Wisma Bandaraya, Jalan Masjid Lama, 88000 Kota Kinabalu.
Phone : 088-288325/288326/288327 | Fax : 088-269071 | Email: webmaster [dot] kpsktm [at] sabah [dot] gov [dot] my