Harian Express - SSF2023 galak penggunaan teknologi, inovasi angkat martabat industri kreatif

ANUGERAH khas baharu dalam penganjuran Anugerah Sabah Screen Fest (SSF) 2023 menggalakkan penggunaan teknologi dan inovasi dalam mengangkat martabat industri kreatif di negeri ini, kata Menteri Sains dan Teknologi dan Inovasi (KSTI) Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

 

Anugerah khas itu, ialah Anugerah Sinematografi Terbaik untuk kategori Filem Pendek dan Anugerah Grafik dan Visual Terbaik untuk kategori Animasi.

 

Beliau berkata, dengan pewujudan dua anugerah itu dalam SSF boleh merapatkan lagi jurang antara teknologi dan seni, serta melahirkan generasi kreatif dan celik IT (teknologi maklumat) selaras dengan hasrat KSTI.

article penuh: https://www.dailyexpress.com.my/news/224763/ssf2023-galak-penggunaan-te…