Jawatankuasa Pengurusan Pusat e-Desa (JKPeD)

Pengenalan

JKPeD adalah perlu dibentuk sebelum atau selepas Pusat e-Desa diwujudkan dikumpulan sasar. Pembentukan JKPeD adalah melalui mesyuarat yang sah dan akan didaftarkan di Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai cawangan kepada Pertubuhan Pengurusan Pusat e-Desa Sabah (PeDAS). Keahliannya adalah sekurang-kurangnya 7 orang yang terdiri daripada Pengerusi/Pengurus, Setiausaha, Bendahari dan AJK.

Peranan & Fungsi

Peranan dan fungsi JKPeD bertindak sebagai satu badan yang diamanahkan untuk : 

  1. Mempastikan operasi harian pusat e-Desa adalah berjalan dengan teratur berlandaskan objektif program e-Desa;
  2. Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti pusat;
  3. Katalist perubahan ke arah komuniti yang buakan sahaja celik ICT tetapi mampu menambah nilai kearah peningkatan taraf kehidupan melalui pengunaan ICT;
  4. Merekod serta melapor pengendalian pusat; dan
  5. Mengurus kewangan pusat, wajib untuk membuka satu akaun JPPeD di bank tempatan. 

Lihat senarai JKPeD di Sabah : Klik Sini