Selamat Datang ke Laman Web e-Desa

Pengenalan

Program e-Desa adalah satu usaha Kerajaan Negeri Sabah melalui Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat (KPSKTM) sejajar dengan matlamat rangka kerja National Bridging Digital Divide yang bertujuan untuk merapatkan jurang digital di golongan komuniti dari kawasan kurang liputan perkhidmatan di Negeri Sabah.

Program e-Desa menggunapakai modus operandi bangun, serah, dan pembangunan kapasiti berterusan. Iaitu pihak KPSKTM menyediakan infrastruktur pusat e-Desa dan diserahkan kepada Jawatankuasa Pengurusan e-Desa (JKPeD) yang dibentuk dari kalangan komuniti setempat yang akan mengurus, mengoperasi serta merancang aktiviti harian di Pusat e-Desa berpandukan satu Buku Panduan Operasi Pusat e-Desa dengan bimbingan dan tunjuk ajar yang berterusan dari pihak KPSKTM.

Objektif

  1. Menyedia prasarana yang lengkap dan saksama untuk pengaksesan maklumat melalui ICT.
  2. Memberi kesedaran tantang kepentingan ICT.
  3. Menjadikan komuniti setempat bukan saja celik ICT malah mampu mengaplikasikan pengetahuan tersebut untuk memajukan kehidupan mereka.
  4. Memberikan khidmat nasihat serta bimbingan mengenai ICT dan nilai tambahan kepada kumpulan sasar.